Pembubaran parlimen dan DUN Pilihan_raya_umum_Malaysia_2008

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mendapat ilham untuk membubarkan parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008 setelah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenankannya.

SPR mengumumkan hari penamaan calon pada 24 Februari 2008 di bangunan majlis daerah masing-masing.

Isu yang dipertikaikan dalam pilihanraya 2008

Beberapa isu telah dibangkitkan oleh beberapa parti pembangkang dalam pilihanraya 2008, antaranya ialah:

Jumlah pengundi berdaftar

Terdapat 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN di 12 negeri kecuali Sarawak yang perlu direbut oleh calon yang bertanding. 10,922,139 rakyat Malaysia termasuk 221,085 pengundi pos layak mengundi sebagaimana senarai akhir daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari 2008.[1] Ini merupakan peningkatan 600,000 pengundi berbanding 10.3 juta tahun 2004.

Pengundi mati/hantu/bertindan

SPR telah mengumumkan bahawa mereka telah membuat pemeriksaan dengan balai polis dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi mengemas kini nama si mati, pindah dan sebagainya. Bagaimanapun masih terdapat mereka yang pindah tetapi tidak bertukar alamat dan yang telah mati belum dipadam rekodnya. [2], [3] SPR menerangkan bahawa ini adalah kerana peruntukan undang-undang pilihan raya semasa tidak membenarkan SPR terus mengeluarkan nama-nama mereka daripada DPI. Ini kerana daftar yang digunakan telah 1 Jan hingga 31 Mac ini akan dipamerkan pada April depan untuk semakan orang awam, disahkan menyingkir nama mereka yang meninggal sehingga 31 Disember 2008 sahaja.[4] Selain itu, terdapat nama yang bertindan di mana melibatkan pengundi pos (polis dan tentera) yang namanya dua kali.[5]

Tempoh berkempen

Tempoh berkempen pilihan raya selama 13 hari sahaja [6]. Katanya tempoh berkempen yang lama akan meningkatkan suhu pilihan raya sehingga membawa kepada keganasan dan pembunuhan. Adakah keganasan itu dilakukan oleh pihak parti pembangkang ataupun orang-orang yang di upah oleh pihak kerajaan untuk melakukan huru-hara? Supaya pihak pembangkang dapat dituduh sebagai pengganas dengan sewenang-wenangnya. Semasa pilihan raya umum Malaysia 2004 , masa berkempen hanya 8 hari sahaja. Tahun 1999 hanya 9 hari. Pilihan raya umum 1995 dan 1986 - 10 hari. Di Sabah, tarikh pembubaran hingga hari mengundi hampir dua bulan.[7]. Semakin pendek tempoh berkempen, peluang parti kerajaan mendapatkan majoriti 2/3 semakin cerah.[perlu rujukan]{who}}

Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengikut undang-undang pilihanraya Malaysia, tidak boleh melibatkan diri dalam politik termasuk menjadi calon pilihan raya sehingga April 2008 berikutan pertuduhan jenayah yang pernah dihadapinya di Mahkamah menghalang beliau dari bertanding selama 5 tahun. Oleh itu, pembangkang yang mahu melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim bergabung dengan Lim Kit Siang di Pulau Pinang dan menjadikan orang Melayu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan kesampaian. Hal ini menyebabkan berlakunya spekulasi sama ada anya pelepasan kerusi Parlimen untuk Anwar bertanding selepas April 2008.[nyatakan menurut siapa?]

Teknik berkempen

Terdapat pertikaian mengenai penguasaan Barisan Nasional terhadap media. Kebanyakan media elektronik dan media cetak banyak membuat liputan mengenai Barisan Nasional dan kurang liputan mengenai parti pembangkang.

Pembangkang mendakwa bahawa mereka disekat dari menggunakan media elektronik seperti televisyen dengan itu terpaksa menggunakan teknik ceramah dan kempen dari rumah ke rumah yang tidak mencukupi dan sukar dilakukan oleh parti pembangkang.

Menurut pihak kerajaan, ceramah dan perhimpunan pra pilihan raya yang diadakan oleh pembangkang telah mencetuskan rusuhan dan dilabel sebagai perhimpunan haram. Contohnya, Rusuhan Kuala Terengganu 2007 dan Perhimpunan Bersih 2007. Bagaimanapun pembangkang mendakwa bahawa sebagai sebuah negara yang berprinsipkan demokrasi, sepatutnya ceramah-ceramah bebas seperti ini tidak harus dihalang kerana inilah yang mencetuskan rusuhan.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_umum_Malaysia_2008 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/election/read.php?id=313844 http://tehranifaisal.blogspot.com/2008/03/pemerhat... http://www.iht.com/articles/ap/2008/03/10/business... http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&t... http://malaysiakini.com/news/80957 http://www.reuters.com/article/reutersComService_2...